fbpx

242,607 murid dan pelajar Terengganu mula bersekolah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Muie (kiri) beramah mesra dengan sebahagian murid tahun satu yang memulakan persekolahan di SK Lintang, Hulu Dungun hari ini.

DUNGUN – Seramai 242,607 murid dan pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Terengganu memulakan sesi persekolahan baharu di 676 buah sekolah hari ini.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Abdul Muie Ngah berkata, ia melibatkan seramai 100,169 pelajar sekolah menengah manakala 135,496 pula murid sekolah rendah.

Menurutnya, ia termasuk seramai 6,850 murid dan pelajar sekolah dan tadika swasta, manakala seramai 53 pelajar merupakan pelajar ditempatkan di Sekolah Integriti Marang serta 39 murid bersekolah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

“Seramai 53,858 pelajar adalah murid dsn pelajar baharu iaitu 22,293 murid tahun satu, 21,255 pelajar tingkatan satu dan 10,510 murid pra sekolah,” katanya di Sekolah Kebangsaan (SK) Lintang, Hulu Dungun di sini hari ini.

Terdahulu beliau meninjau sesi persekolahan baharu di sekolah yang terletak di pedalaman terbabit.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Muie memberitahu, pembinaan bangunan baharu bagi menggantikan bangunan daif di SK Lintang dan SK Bukit Kuang, Kemaman akan dimulakan tidak lama lagi.

“Kedua-kedua sekolah ini berusia lebih 50 tahun. SK Lintang ketika ini memiliki sebuah blok bangunan kayu yang menempatkan enam bilik darjah manakala SK Bukit Kuang pula akan digantikan blok pra sekolah yang usang.

“Pembinaan bangunan baharu ini dijangka akan memakan masa kira-kira dua tahun,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI