fbpx

Aaron Aziz ‘telan’ lirik lagu rap Jawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON Aziz mencuri perhatian dengan video nyanyian lagu rap bahasa Jawa.

JARANG sungguh Datuk Aaron Aziz menjadi topik bualan ramai, namun videonya yang menyanyikan lagu rap Jawa, Cintamu Sepahit Topi Miring mencuit hati ramai.

Aaron berkongsi video tersebut dalam akaun TikToknya sehingga meraih lebih 1.5 juta tontonan dan 150,000 tanda suka.

Kebanyakan pengguna TikTok terhibur dengan kelancaran dan aksi bersahaja Aaron menyanyi lagu rap bahasa Jawa itu.
Malah, ada yang berseloroh Aaron seperti menelan setiap patah lirik lagu tersebut.

“Ini bukan kunyah tetapi seperti sudah telan setiap lirik. Aaron terpaling tertelan lirik setakat ini, kelakar!” seloroh netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI