fbpx

Semua pihak bertanggungjawab sekat penyebaran bahan pornografi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aiman Athirah (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada penerima Anugerah Khas Hawa 2023 pada Karnival Hawa 2023 di Mydin Mall, Kota Bharu hari ini. -Foto ROSMIZAN RESDI/KOSMO!

KOTA BHARU – Semua pihak perlu bertindak tegas bagi menyekat laman web berkaitan bahan pornografi dalam usaha untuk membendung kes jenayah seksual daripada terus meningkat.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata, masalah tersebut dilihat sukar dibendung sekiranya banyak pengaruh pornografi yang tidak terkawal sekali gus memberi ruang kepada masyarakat untuk terdedah kepada jenayah terbabit.

Menurutnya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yakin dan percaya perkara itu sudah diambil serius oleh kerajaan sama ada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) atau Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Jenayah seksual boleh berlaku disebabkan oleh pengaruh media sosial dan penggunaan internet yang sukar dikawal apabila ia boleh diakses pada bila-bila masa.

“Oleh itu, perkara itu tidak boleh dianggap tanggungjawab KPWKM dan SKMM sahaja, sebaliknya ia perlu tindakan semua pihak untuk mengatasinya daripada terus berleluasa,”katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Hari Wanita Antarabangsa Kelantan (Hawa) 2023 di Mydin Mall, Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Aiman Athirah memberitahu, KPWKM juga sedang meneliti segala ruang dan faktor-faktor yang boleh membawa kepada jenayah seksual melibatkan kanak-kanak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI