fbpx

Rundingan agihan kerusi PN Selangor hampir selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM- Rundingan pengagihan kerusi beberapa parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN) Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) hampir selesai.

Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, setakat ini rundingan tersebut telah mencapai 60 peratus sebelum dimuktamadkan.

“Perbincangan kini memfokuskan parti mana yang akan bertanding di satu-satu Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Apapun, keputusan parti mana akan bertanding akan ditentukan Jawatankuasa Pusat PN yang dipengerusikan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, ahli parti yang akan dipilih adalah calon yang pasti menang di kerusi DUN tersebut.

Ditanya sama ada Bersatu Selangor akan melamar beberapa ahli politik yang kini tidak berparti menjadi calon mereka, Abdul Rashid berkata, pihaknya masih lagi belum membuat keputusan berhubung perkara ini.

“Keputusan untuk melamar ahli politik ini akan dibincangkan bersama dengan kepimpinan Pusat.

“Sebagai langkah awal menghadapi PRN, kita sudah mulakan Jelajah PN Best semalam dan akan menganjurkan program di beberapa lokasi di Selangor untuk tempoh beberapa bulan ini,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI