fbpx

Sri Lanka ‘lumpuh’ akibat mogok bantah kenaikan cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peserta demonstrasi membantah perubahan kadar cukai di Colombo, semalam. – AFP

COLOMBO – Perkhidmatan hospital-hospital dan pengangkutan awam di Sri Lanka lumpuh semalam ketika kesatuan-kesatuan sekerja melancarkan mogok bagi membantah tindakan kerajaan yang menggandakan cukai untuk membolehkan negara itu layak menerima bantuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Peperiksaan penggal di sekolah-sekolah turut dibatalkan selain jabatan pesakit luar di hospital ditutup akibat gangguan yang disebabkan oleh demonstrasi melibatkan lebih 40 kesatuan sekerja.

Tindakan itu dilaksanakan meskipun Presiden Ranil Wickremesinghe pada bulan lepas melarang orang ramai melakukan mogok dengan memberi amaran mereka yang terlibat berdepan kehilangan pekerjaan.

Jurucakap sebuah kesatuan sekerja, Haritha Aluthge berkata, perbincangan yang dilakukan bersama pihak berkuasa sepanjang malam kelmarin menemui jalan buntu, yang menyebabkan mereka meneruskan demonstrasi tersebut.

Pekerja golongan profesional turut menyertai piket itu bagi membantah peningkatan mendadak dalam cukai pendapatan sejak Januari lalu.

Kesatuan sekerja berkata, tempoh masa mogok itu bergantung kepada tindak balas kerajaan terhadap permintaan mereka untuk merombak semula cukai baharu tersebut.

Kadar cukai baharu diperkenalkan sebagai antara langkah untuk meningkatkan kelayakan Sri Lanka bagi mendapatkan pakej bantuan berjumlah AS$2.9 bilion (RM12.9 bilion) daripada IMF.

“Sri Lanka merupakan satu daripada negara yang mempunyai pendapatan daripada cukai terendah di dunia.

“Selagi pendapatan negara tidak ditingkatkan, tiada penyelesaian bagi krisis ekonomi Sri Lanka,” kata seorang pegawai kerajaan kepada AFP. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI