fbpx

Liga Europa: Gabriel Jesus sandaran Arteta robek Lisbon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JESUS

LONDON – Kemenangan 3-0 ke atas Fulham dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad lalu memberi suntikan semangat kepada Arsenal menjelang aksi timbal balik pusingan 16 pasukan terbaik Liga Europa menentang Sporting Lisbon di Emirates awal pagi esok.

Meskipun mencatat keputusan seri 2-2 pada pertemuan pertama di Stadium Jose Alvalade minggu lalu, namun ke­lebihan dilihat berpihak kepada Arsenal apabila akan turun beraksi di laman sendiri.

Selain itu, kepulangan se­mula penyerang, Gabriel Jesus ke dalam skuad selepas tiga bulan diketepikan akibat kece­deraan turut membangkitkan semangat juang The Gunners untuk bertemu Lisbon.

“Ia (kepulangan Jesus) adalah satu suntikan semangat untuk kami semua. Beberapa hari sebelum aksi bertemu Fulham, Jesus beritahu masih belum bersedia, namun pada hari perlawanan, dia me­nyatakan kesudian beraksi.

“Oleh itu, saya ambil peluang untuk berikan dia minit permainan dan dapatkan semula keyakinan. Saya gembira kerana dia kembali bersama pasukan menjelang aksi bertemu Lisbon,” kata Pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Dalam pada itu, beliau juga percaya beberapa pemain yang tidak beraksi pada pertemuan di Lisbon minggu lalu se­perti Leandro Trossard, Martin Odegaard dan Kieran Tierney dijang­ka berada dalam kese­belasan utama awal pagi esok.

“Mereka dijangka bermain pada perlawanan itu nanti. Bagaimanapun, masih belum ada pengesahan berhubung tahap kecergasan Eddie (Nketiah) walaupun ada perkembangan positif mengenai situasinya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI