fbpx

ZUS Coffee sasar mencapai 330 cawangan menjelang akhir 2023

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VENON menjelaskan ZUS Coffee akan wujud di setiap negeri di Malaysia, termasuk stesen minyak dan lapangan terbang terpilih di seluruh negara.

KUALA LUMPUR – Jenama kopi tempatan, ZUS Coffee, merancang untuk menambahkan jumlah cawangan fizikalnya, membawa jumlah keseluruhan cawangan di seluruh negara kepada 330 menjelang akhir 2023.

Kini, setelah hampir empat tahun beroperasi, jenama kopi yang dipacu teknologi ini mempunyai 1.5 juta pengguna dengan 500,000 pengguna aktif di aplikasi mereka iaitu ZUS App. 

Selain itu, mereka juga sudah berjaya membuka 180 cawangan fizikal yang pesat beroperasi pada tahun 2022 dan dianggarkan lebih  daripada 150 cawangan baharu akan dibuka pada tahun 2023. 

Dengan cawangan-cawangan baru ini, ZUS Coffee akan wujud di setiap negeri di Malaysia, termasuk stesen minyak dan lapangan terbang terpilih di seluruh negara.

Ketua Pegawai Operasi ZUS Coffee, Venon Tian berkata, mereka membina perniagaan ini dengan hasrat menawarkan kopi specialty pada  harga yang berpatutan dan mudah dari segi aksesibiliti bagi semua orang. 

Menurutnya, kejelasan mesej ini mudah difahami oleh rakyat Malaysia, bahawa mereka telah melihat pengembangan pesat cawangan ZUS Coffee. 

“Tahun 2023, kami akan melebihi dua kali ganda jumlah cawangan sedia ada. Ini merupakan tahun tahun kedua yang kami dapat melakukan ini.  Sepertimana kami selalu katakan, kopi bukanlah barang mewah dan ia adalah keperluan. 

“Cawangan baharu kami akan menjadi lebih mudah untuk diakses oleh semua orang, daripada secawan kopi pada waktu pagi, hingga memberikan  hadiah kepada rakan sekerja setelah berakhirnya hari yang panjang, ataupun sekadar untuk berjumpa dan berbual bersama,” katanya.

ZUS Coffee Academy di Tropicana Gardens Mall diwujudkan untuk meningkatkan kemahiran dan membangunkan bakat muda.

ZUS Coffee telah bermula pada lewat tahun 2019, dengan hanya kiosk bersaiz kecil, 400 kaki persegi di Binjai, telah berjaya mengharungi  krisis pandemik tanpa pemotongan gaji terhadap pekerja dan terus berkembang pesat lebih daripada tiga tahun. 

Selain itu, ZUS Coffee berharap bahawa mereka dapat menembus pasaran antarabangsa, dan bersaing dengan pesaing-pesaing yang terkemuka  pada suatu hari nanti. 

Di samping cita-cita untuk menawarkan kopi specialty pada harga yang berpatutan dan mudah diakses, pengembangan itu juga memacu prinsip teras ZUS Coffee untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. 

Pada 2022 ZUS Coffee mencipta 1,500 pekerjaan untuk rakyat Malaysia, ditambah dengan pelancaran ZUS Coffee Academy di Tropicana  Gardens Mall yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan membangunkan bakat muda.

Dengan pengembangan ini, ZUS Coffee juga akan  menggandakan bilangan pekerjaan yang dicipta.

Sementara itu, Venon berkata, sebagai jenama tempatan, mencipta peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan mereka. 

“Boleh dikatakan 100 peratus pekerja kami di ZUS Coffee sekarang adalah rakyat Malaysia, dan sekaligus kami ingin berkhidmat dari segi  membantu kehidupan mereka sehabis mungkin, sama ada melalui kopi atau kerjaya. 

“Pengembangan kami adalah satu tonggak penting bagi kami kerana ia membantu kami mencapai kedua-duanya,” jelasnya.

Selain daripada rancangan pengembangan, ZUS Coffee telah mengumumkan kerjasama eksklusif dengan platform penghantaran makanan  foodpanda yang bermula bulan ini. 

Ini memberikan pelanggan pilihan untuk memesan kopi ZUS melalui aplikasi ZUS serta platform penghantaran foodpanda.

ZUS Coffee juga telah melancarkan menu baharu sempena persediaan menyambut bulan Ramadan iaitu Kurma Spanish Frappé

Untuk maklumat lanjut mengenai ZUS Coffee, inisiatif, dan promosi yang sedang berlangsung, sila lawati https://zuscoffee.com/ 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI