fbpx

Banjir: Mangsa di Johor terus menurun kepada 36,086 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN air banjir termenung melibatkan kawasan rumah penduduk di Pekan Sri Gading, Batu Pahat.

JOHOR BAHRU – Situasi banjir di negeri ini terus menunjukkan tanda-tanda pemulihan apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun walaupun perlahan-lahan.

Setakat pukul 8 pagi ini, seramai 36,086 mangsa masih ditempatkan di 116 PPS seluruh Johor, berbanding seramai 37,503 mangsa yang direkodkan pada pukul 8 malam, semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, jumlah mangsa banjir terkini itu terdiri daripada sejumlah 10,153 buah keluarga.

“Ketika ini, empat daerah masih terjejas akibat banjir khususnya melibatkan banjir termenung dengan Batu Pahat kekal daerah paling teruk terjejas melibatkan seramai 35,849 mangsa, diikuti daerah Muar (111 mangsa), Segamat (102 mangsa) dan Tangkak (24 mangsa).

“Daerah lain yang sebelum ini terjejas telah pulih sepenuhnya apabila kesemua mangsa yang ditempatkan di PPS di daerah terlibat telah dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Azmi lagi, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan tiada sebarang amaran hujan berterusan atau amaran ribut petir dikeluarkan di seluruh negeri ini membabitkan kesemua 10 daerah.

“Dalam pada itu, tujuh laluan dan susur di negeri ini masih ditutup untuk semua jenis kenderaan antaranya Jalan Parit Haji Ali, Jalan Parit Jambi, Jalan Yong Peng-Muar, Jalan Lingkaran Kahang Barat serta Jalan GSA Chamek,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI