fbpx

Lelaki kahwini 2 teman wanita serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sattibabu mengahwini Swapna dan Sunita serentak dalam satu majlis. – Twitter

NEW DELHI – Seorang lelaki di negeri Telangana, India berkahwin dengan dua teman wanitanya secara serentak selepas tiga tahun bercinta dengan kedua-dua mereka, lapor laman berita Times Now.

M Sattibabu mengahwini pasangannya, Swapna dan Sunita dalam satu majlis di sebuah kampung di daerah Bhadradri Kothagudem pada malam Rabu minggu lepas.

Perkahwinan itu sepatutnya berlangsung pada hari Khamis namun, disebabkan terdapat banyak khabar angin mengenai kisah mereka, keluarga setiap pihak membuat keputusan mempercepatkan perkahwinan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Keluarga kedua-dua wanita itu juga dikatakan bertelingkah disebabkan perkahwinan tersebut.

Namun, Sattibabu meyakinkan mereka bahawa dia akan mengahwini kedua-dua teman wanitanya. 

Dia bahkan mencetak kad kahwin yang mempunyai nama kedua-dua mereka. 

Sattibabu juga dilaporkan telah memiliki anak bersama Swapna dan Sunita. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI