fbpx

Kami bukan jenis tayang bahagia – Uqasha Senrose

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIDAK memuat naik gambar mesra dalam media sosial, Uqasha sebaliknya berkata dia dan Kamal banyak berkongsi tentang kerja.

PETALING JAYA – Aktres Uqasha Senrose menolak dakwaan suka menunjuk-nunjuk kebahagiaan bersama suami, Kamal Adli dalam media sosial sebagai punca yang membangkitkan rasa sakit hati pihak lain.

Katanya, mereka tidak memuat naik gambar atau video mesra, sebaliknya lebih banyak mempromosikan drama yang dibintangi bersama.

“Dari dulu saya tak pernah tunjuk gembira ke, sedih atau saya bercinta. Dalam Instagram saya pun kami tak pernah buat video ‘sweet’ tunjuk kami bahagia.

“Kami kerja, buat shooting (penggambaran) sama-sama, kami promosi cerita (drama). Itu sahaja,” kata pelakon itu menerusi TikTok miliknya.

Perkongsian tersebut bagi membalas dakwaan mengenai motif serangan seorang lelaki terhadap Kamal di Singapura malam kelmarin yang kononnya disebabkan kurang senang melihat kemesraan mereka dalam media sosial.

Dalam kejadian mengejutkan malam kelmarin, Kamal diserang individu tidak dikenali ketika hari terakhir Karnival Hari Raya Mega Sale 2023 yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo, Singapura.

Akibat tindakan suspek, aktor berusia 36 tahun itu mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala yang memerlukannya menjalani pembedahan.

Suspek yang melakukan serangan dengan memukul menggunakan chota besi berkali-kali pada bahagian kepala aktor itu sudah diberkas dan dihadapkan ke mahkamah, hari ini.

Selain Kamal dan Uqasha, ekspo jualan tersebut turut disertai ramai selebriti Malaysia termasuk Fauziah Latiff, Tya Ariffin, Azza Elite dan Abby Abadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI