fbpx

Zambry ketuai Malaysia hadiri tiga program Komanwel di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry.

PUTRAJAYA- Menteri Luar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir mengetuai delegasi Malaysia bagi menyertai tiga program anjuran Pertubuhan Komanwel di London, Britain.

Beliau juga bakal menghadiri aktiviti Resepsi Hari Komanwel, Mesyuarat Kumpulan Bertindak Peringkat Menteri Komanwel dan Mesyuarat Tahunan Menteri Luar Komanwel.

Wisma Putra berkata, program itu dijadualkan berlangsung pada hari ini sehingga lusa, yang bermula dengan resepsi bersempena sambutan Hari Komanwel 2023.

“Malaysia yang mula menyertai Komanwel sejak 66 tahun lepas merupakan ahli aktif, malah pernah menganjurkan program besar pertubuhan berkenaan.

“Antaranya ialah Mesyuarat Ketua Kerajaan Komanwel Ke-11 pada 1989 lalu dan muncul sebagai negara benua Asia pertama menjadi hos Sukan Komanwel pada 1998,” katanya, tadi.

Katanya, penglibatan aktif Malaysia juga membuktikan kesungguhan negara berkongsi matlamat sama terutama isu demokrasi, hak asasi manusia dan pembangunan.

Zambry turut dijadualkan mengadakan beberapa perjumpaan secara berasingan dengan rakan sejawatnya pada sela program untuk membincangkan pelbagai isu berkepentingan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI