fbpx

[VIDEO] Hafidz tiba di mahkamah hadapi pendakwaan cederakan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hafidz (kanan berkaca mata) ketika tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru, hari ini sebentar tadi.

HULU SELANGOR – Pelakon Hafidz Roshdi tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, di sini sebentar tadi pada pukul 8.30 pagi dengan ditemani peguam.

Hari ini Hafidz, 29, akan didakwa atas pertuduhan mencederakan isterinya yang mana pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, dia ditahan bagi membantu siasatan dalam kejadian menumbuk isterinya di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh.

Bagaimanapun, pelakon itu ditahan pukul 12 tengah hari ketika hadir di Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Hafidz kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis sebaik selesai diambil keterangan pada petang hari sama.

Terdahulu, media melaporkan seorang ahli seorang ahli keluarga Shuhada mengesahkan wanita itu menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga mengalami kecederaan pada bahagian muka.

Sebelum kejadian tersebut, Shuhada telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam dan kes pengesahan lafaz cerai itu akan disebut pada 21 Mac ini.

Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Kemelut rumah tangga mereka menjadi bualan ramai selepas mendakwa diganggu pihak ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI