fbpx

Lenka gegarkan Zepp KL pada Mei depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGHIBUR berusia 45 tahun ini buat pertama kali akan mengadakan konsert di Kuala Lumpur dijadualkan pada 1 Mei depan di Zepp KL.

PETALING JAYA – Pelantun lagu hit, Trouble Is A Friend, Lenka bakal turun ke Kuala Lumpur bagi mengadakan konsert bertemu peminat tempatan pada Mei depan.

Yakin terhadap pengaruh penyanyi itu di negara ini, Push Play selaku penganjur mengumumkan persembahan mega Lenka dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur.

Ketua Pegawai Eksekutif mewakili Push Play, Nika berkata, kepuasan penonton adalah matlamat utama penganjur dalam memastikan konsert penyanyi itu buat julung kali di Malaysia meninggalkan kenangan manis.

“Konsert ini bakal membawa memori terindah kepada peminat yang sememangnya sudah lama menantikan kehadiran Lenka di sini.

“Bukan sekadar seleksi popular, sistem bunyi serta penataan cahaya di panggung gah Zepp Kuala Lumpur pastinya mencetuskan kepuasan buat khalayak,” katanya.

Bersama deretan album bermula dengan judul Lenka pada 2008, disusuli Two (2011), Shadows (2013), The Bright Side (2015), Attune (2017) selain EP, Recover dan Discover (2020), Lenka terus menerjah perhatian.

Berpangkalan di New York, Amerika Syarikat, penghibur asal Australia itu mempunyai banyak seleksi lagu popular lain seperti All My Bells Are Ringing, We Will Not Grow Old, Blue Sky, Shock Me Into Love, Just Enjoy The Show dan You Will Be Mine.

Malah beberapa dendangan penyanyi yang pernah bergelar pelakon dan hos itu seperti Everything At Once turut dipilih sebagai latar iklan serta runut bunyi filem.

Terus gah membelah kemasyhuran, pastinya santunan vokal yang unik selain gaya eksentrik penyanyi berusia 45 tahun itu menjadi faktor keistimewaan yang ada pada dirinya.

Sementara itu, menurut Nika, tiket konsert Lenka dijual mengikut beberapa kategori iaitu RM189 untuk Zon Berdiri atau Blinded by Love, RM239 (Zon Duduk atau Don’t Let Me Fall) dan RM3,800 untuk VIP Box atau The Show.

Bagi peminat yang mahu membuat tempahan tempat boleh layari www.myticket.asia untuk membeli tiket secara dalam talian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI