fbpx

Lelaki OKU pekak, bisu belasah adik perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG – Seorang lelaki tempatan yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) pekak dan bisu ditahan polis kerana mencederakan adik kandungnya di sebuah perumahan Jalan Cahaya 7, Taman Cahaya, di sini, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, adik perempuannya yang berusia 20 tahun melaporkan dia telah dipukul oleh suspek setelah menolak ajakan untuk keluar membeli barang.

“Ketika kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa dan suspek difahamkan berada di rumah. Abangnya (suspek) telah mengajak mangsa menemaninya ke kedai untuk membeli barang, namun permintaannya ditolak.

“Suspek yang berusia 31 tahun itu kemudiannya bertindak memijak paha, kaki kanan, bahu tangan kanan dan menumbuk kepala mangsa yang sedang berbaring berkali-kali tanpa henti,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, mangsa telah mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Ampang susulan kecederaan yang dialaminya.

“Tangkapan ke atas suspek telah dibuat pada Khamis lalu sekitar pukul 10.30 malam.

“Suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau manakala permohonan reman pertama telah dibenarkan selama satu hari iaitu pada Jumaat lalu,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan/18A Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI