fbpx

Aligator tembus pagar besi padang golf hingga bengkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aligator itu dirakam menerobos pagar aluminium di sebuah padang golf. - Facebook

WASHINGTON – Sebuah klip video tular di media sosial Amerika Syarikat (AS) memaparkan situasi seekor aligator gergasi membengkokkan pagar besi di sebuah padang golf dengan pantas dan mudah, lapor akhbar New York Post semalam.

Video itu kini ditonton lebih satu juta pengguna Facebook.

“Lihat haiwan besar ini membengkokkan palang aluminium dan menyelinap terus melaluinya,” tulis akaun Matt Devitt WINK Weather sambil memberitahu kejadian itu berlaku di padang golf persendirian di Placida, negeri Florida.

“Kami cuba menggali lubang supaya ia boleh melaluinya tetapi ia memutuskan untuk melalui pagar,” kata seorang pekerja, Zach kepada Jam Press selepas rakannya merakamkan kejadian itu.

Menurut Zach, dia bersama rakan sekerja telah memasang pagar baharu itu untuk menghalang penceroboh daripada keluar dan menjaga keselamatan orang ramai.

Walaupun kekuatan sebenar aligator belum diketahui, haiwan itu mempunyai daya gigitan lebih 907 kilogram bagi setiap inci persegi iaitu kelima terkuat dalam kesemua haiwan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Seakan adegan filem Jurassic Park,” komen seorang netizen.

“Ia mempunyai kerjaya sebagai penguji produk pagar,” kata seorang penonton yang terkejut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI