fbpx

Pemain sarkas berlaga kepala lompat gegelung api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian itu disaksikan oleh orang ramai yang menonton pertunjukan. - Twitter

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi dua ahli akrobatik bertembung ketika melakukan pertunjukan menggunakan gegelung api, lapor laman berita Liputan6 semalam.

Video itu dimuat naik dalam akaun Twitter @epic.failsvideo.

Orang ramai kelihatan mengerumuni beberapa pemain sarkas yang melakukan pertunjukan dengan melompat melalui gegelung api. 

Bagaimanapun, aksi itu tidak dilakukan pada ketinggian yang sering kali dipertontonkan semasa pertunjukan sarkas. 

Kepala dua pemain sarkas itu kelihatan terhantuk ketika mereka berlari menuju ke arah gegelung api dari arah bertentangan. Kedua-dua lelaki itu jatuh terduduk selepas bertembung. 

Walaupun tiada kecederaan berlaku, aksi itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Sebenarnya laga lembu,” kata seorang netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI