fbpx

Jika negarawan diperlakukan sebegini, bagaimanalah nasib rakyat – Peja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faizal

KUALA LUMPUR – ‘Jika seorang negarawan diperlakukan sebegini, apalah nasib kita sebagai rakyat’

Demikianlah kata-kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini.

Beliau hadir bagi menunjukkan tanda sokongan dan solidariti kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan menghadapi enam pertuduhan hari ini.

Ahmad Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja, berkata Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu telah didakwa atas perkara-perkara yang tidak munasabah.

“Walaupun hari ini cerah dan baik, tetapi negara suram kerana seorang negarawan telah difitnah atas sebab yang tidak masuk akal.

“Kita harapkan agar pegawai-pegawai mahkamah dan pendakwaan, menjalankan tanggungjawab demi rakyat kerana Allah tanpa perlu takut kepada telunjuk mana-mana pihak.

“Insha Allah kita sama-sama usaha mendoakan dan yakin percaya Allah akan permudahkan,” katanya disini, hari ini.

Semalam, Muhyiddin hadir di Ibu Pejabat SPRM, memberi keterangan lebih sembilan jam dan akan berdepan tujuh pertuduhan mahkamah hari ini membabitkan salah guna kuasa dan pergubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM230 juta.

Kesemua nilai berkenaan disyaki hasil daripada 30 rasuah yang diterima Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebagai balasan mendapatkan projek kepada kontraktor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI