fbpx

Hujan diramal kurang, suhu panas sehingga 16 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan Semenanjung negara diramal mengalami hujan yang kurang berdasarkan analisis model cuaca sehingga 16 Mac depan.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, suhu juga dijangka lebih panas daripada kebiasaan khususnya di negeri-negeri utara Semenanjung.

Katanya, ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang dijangka masih boleh berlaku di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung, Sabah serta Sarawak pada sebelah petang dan malam.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa pada 13 hingga 14 Mac,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muhammad Helmi menasihatkan orang ramai untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua platform media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI