fbpx

Keputusan menteri boleh atasi pegawai, agensi – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (tengah) melawat ke tapak pameran selepas merasmikan Festival Taman Kuala Lumpur 2023 di Taman Tasik Tiwiwangsa di sini, hari ini. - FOTO FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Menteri mempunyai kuasa untuk mengatasi keputusan yang dibuat oleh pegawai atau agensi yang berkaitan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau memaklumkan, adakalanya keputusan yang dibuat mengatasi pegawainya apabila beliau merasakan perkara itu lebih berkepentingan untuk semua.

“Biasanya dalam kerja saya di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, adakalanya saya boleh mengatasi keputusan pegawai saya.

“Umpamanya dulu pegawai diarah memberi projek mengikut rundingan terus, saya mengatasi keputusan mereka kerana saya fikir lebih baik proses tender supaya lebih telus,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Festival Taman Kuala Lumpur 2023 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons mengenai tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang dikatakan mengatasi keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Ros) berhubung usul tambahan Perhimpunan Agong UMNO 2022 untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti berkenaan.

“Ia dalam peruntukan undang-undang. Ada kuasa RoS yang kemukakan kepada menteri. Ada kuasa menteri.

“Biar menteri jelaskan dan menteri sudah jelaskan,” ujarnya.

Baru-baru ini, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin Abu Bakar menyifatkan kenyataan dikeluarkan Saifuddin untuk menggunakan kuasanya dalam pengecualian undang-undang terhadap UMNO menunjukkan parti itu melanggar Akta Pertubuhan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI