fbpx

Ingatkan serigala jadian, rupanya kambing sado

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Makhluk berwarna putih dan berbulu ini dilihat muncul dari sebalik semak-samun serta kelihatan seperti sedang mencari makanan. – Twitter/OTerr

WASHINGTON – Sebuah klip video tular di media sosial memaparkan penampakan makhluk yang disifatkan seperti kambing bertubuh sasa berkeliaran di sebuah kawasan pergunungan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Klip video  enam saat itu menerima jutaan tontonan selepas beberapa jam ia dikongsikan di laman Twitter dengan pengguna yang memuat naik video tersebut menulis: “Kambing gunung bertubuh sasa dilihat di hutan.”

Dalam video tersebut, makhluk berwarna putih dan berbulu dilihat muncul dari sebalik semak-samun serta kelihatan seperti sedang mencari makan.

Ia berada pada jarak hanya beberapa meter dari sebuah dek kayu di mana jurukamera sedang berdiri.

Ia juga mempunyai lapisan bulu tebal, ekor pendek dan tanduk berwarna hitam.

Jurukamera menjaga jarak selamat dari ‘kambing’ tersebut dan terus merakam aksinya sehingga ia hilang di sebalik pokok.

Video itu menerima pelbagai komen dengan ramai yang mengaitkannya dengan makhluk mitos misteri yang digelar Bigfoot.

“Nampaknya ia seperti telah makan semua kambing kecil,” kata seorang pengguna.

“Saya ingatkan saya sedang melihat serigala jadian,” kata pengguna lain. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI