fbpx

946 permohonan warganegara tanpa kerakyatan dari Sarawak dimuktamad Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (tiga kiri) menyampaikan surat kewarganegaraan Malaysia kepada sapah seorang kanak-kanak di sini, hari ini sambil disaksikan oleh Fatimah (tengah) serta tetamu kehormat lain.

KUCHING – Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memuktamadkan sebanyak 946 permohonan warganegara tanpa kerakyatan dari Sarawak menjelang Jun ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kesemua permohonan itu diterima sejak Jawatankuasa Khas Bersama KDN dan Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak diaktifkan pada Januari lalu.

“Memuktamadkan permohonan warganegara tanpa kerakyatan ini bermaksud ada pemohon yang berjaya dan sebaliknya (tidak berjaya),” katanya selepas menyempurnakan penganugerahan taraf kewarganegaraan Malaysia kepada 40 kanak-kanak di sini, hari ini.

Menurut Saifuddin, sebelum ini kementeriannya meluluskan sebanyak 177 permohonan kerakyatan dari Sarawak.

Beliau berkata, kementeriannya juga akan menilai dan mempertimbangkan sebanyak 146 permohonan kewarganegaraan dari Sarawak di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

Katanya sekiranya diluluskan, pemohon terbabit diiktiraf sebagai rakyat Malaysia.

“Mereka akan mempunyai hak sebagai warganegara dan dilindungi serta berpeluang mendapat pendidikan dan perkhidmatan kesihatan,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin berkata, di peringkat nasional, kementeriannya menyasar untuk menyelesaikan sehingga 10,000 permohonan kewarganegaraan menjelang hujung tahun ini.

“Sejak saya dilantik untuk menerajui KDN, kita telah memberikan pertimbangan keputusan kepada 4,297 permohonan di  bawah pelbagai Perkara di bawah Perlembagaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI