fbpx

Nagelsmann ada taktik rantai Mbappe, Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAGELSMANN (kiri) sudah memiliki perancangan bagi menyekat kebangkitan PSG kerana sedar pasukan itu akan menerapkan aksi menyerang. – AFP

MUNICH – Bayern Munich memiliki rancangan tersendiri untuk merantai pergerakan duo serangan Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe dan Lionel Messi pada aksi timbal balik pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara di Allianz Arena awal pagi esok.

Meskipun ada kelebihan dengan memiliki bekalan satu gol, namun kedudukan Bayern masih belum selamat memandangkan PSG dijangka menyerang seawal minit pertama dalam usaha mereka melayakkan diri ke suku akhir.

Bagaimanapun, jurulatih ­Bayern, Julian Nagelsmann mendedahkan, beliau sudah memiliki perancangan bagi menyekat kebangkitan PSG kerana tahu pasukan itu akan menerapkan aksi menyerang.

“Mereka perlukan sekurang-kurangnya satu gol pada perlawanan itu nanti, jadi saya jangka PSG akan berikan tekanan kepada kami sejak minit pertama. Apa yang saya tahu, mereka gemar bermain secara serangan balas pantas.

“Pada pertemuan pertama sebelum ini, PSG bermain tanpa kehadiran Kylian Mbappe, jadi ia sedikit menjejaskan permainan mereka. Pada pertemuan kedua nanti, kami perlu pastikan mereka tidak dapat gunakan kepantasan pemain-pemainnya,” katanya.

Pada masa sama, beliau menggesa barisan pemainnya supaya memberikan segala-galanya bagi memastikan mereka dapat menghalang kemaraan PSG, seterusnya memastikan Bayern melangkah ke pusingan suku akhir.

“Kami adalah sebuah pasukan yang tersusun. Saya tahu semua pemain mahu melangkah jauh dalam Liga Juara-Juara tetapi dalam pertemuan sebegini, kebiasaannya aksi individu bakal menjadi penentu,” ujar Nagelsmann. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI