fbpx

Ini masalah privasi keluarga, jangan masuk campur – Musa Hassan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Musa Hassan.

PETALING JAYA – Bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan menggesa orang ramai untuk menghormati privasinya.

Musa berkata demikian dalam satu ciapan di Twitter selepas tersebar klip video memaparkan seorang lelaki menyerupai dirinya berbalah dengan seorang wanita di dalam sebuah rumah.

“Ini adalah masalah privasi keluarga. Jangan ada yang masuk campur.

“Jika ada yang membuat spekulasi akan berhadapan dengan tindakan undang-undang,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Terdahulu, tiga klip video berdurasi sembilan saat, 56 saat, dan 10 saat dimuat naik pengguna Twitter memaparkan pertelingkahan antara sepasang suami isteri yang turut disaksikan seorang kanak-kanak dalam rakaman itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI