fbpx

Hampir 300 orang hadir pengebumian Safsufarnisya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bapa Allahyarham Safsufarnisya, Salleh menyiram air di atas pusara anak bongsunya di Tanah Perkuburan Islam Masjid Putra Simpang Empat di Kangar semalam.

KANGAR – Kira-kira 300 orang mengiringi majlis pengebumian suri rumah yang meninggal dunia akibat ditembak suaminya di Tanah Perkuburan Islam Masjid Putra Simpang Empat di sini semalam.

Van jenazah tiba di kawasan tanah perkuburan pada pukul 9.30 malam dengan diiringi kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta keluarga mangsa.

Suasana bertambah sayu apabila penutup keranda dibuka dan jasad Allahyarham Safsufarnisya bersama janinnya yang diletakkan di dalam satu keranda dilonggarkan ikatan kain kafan.

Terdahulu, jenazah Safsufarnisya tiba di kediamannya kira-kira pukul 8 malam sebelum disembahyangkan buat kali kedua dengan diimamkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, Rus’ele Eizan yang merupakan bapa saudaranya.

Semalam, Kosmo! melaporkan, seorang lans koperal polis yang baru pulang bertugas menembak mati isterinya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat di sini.

Kejadian itu membabitkan anggota polis berusia 26 tahun dan bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI