fbpx

Banjir: Rumah tenggelam, Ramadan disambut ala kadar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Salleh menunjukkan barangan yang rosak selepas banjir separas kepala orang dewasa menenggelamkan ruangan dalam rumahnya di Kampung Jawa, Chaah, Segamat semalam.

SEGAMAT – Ramadan berbaki kurang tiga minggu lagi bakal di­sambut dalam keadaan hambar apabila pelbagai perabot rumah mangsa banjir di Chaah, di sini, gagal di­selamatkan.

Seorang penduduk Kampung Jawa, di sini, Mohd. Salleh Ishak, 47, atau lebih mesra disapa, Abang Salleh berkata, semua barangan serta perkakas dalam rumahnya gagal diselamatkan apabila air naik mendadak pada tengah malam Selasa lalu.

“Sambutan Ramadan tiada apa yang dapat dipersiapkan. Barang-barang rumah semua tenggelam dalam banjir. Air naik sampai paras bumbung rumah. Semua barang dalam rumah tak dapat diselamatkan.

“Selasa malam Rabu lalu, hujan lebat turun sejak siang lagi. Malam itu, air naik dengan cepat jadi saya minta isteri dan seorang anak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dahulu.

“Saya juga tak sempat selamatkan barang-barang. Apa yang saya fikirkan hanya tolong penduduk kampung yang lain berpindah dengan segera,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mohd. Salleh turut menganggarkan kerugian lebih RM60,000 apabila kesemua perkakas rumah, perabot, televisyen, mesin basuh termasuk motosikalnya rosak ditenggelami banjir.

Mohd. Salleh yang tular baru-baru ini apabila sanggup menggadai nyawa meredah banjir keluar dari PPS untuk mencari makanan buat lebih 60 penghuni yang kelaparan apabila PPS tersebut terputus hubungan.

Menurutnya, banjir kali ini merupakan yang terburuk, menginsafkan dan diibaratkan bulan Ramadan tiba awal sebelum waktunya apabila penghuni PPS terpaksa berlapar setelah bantuan luar gagal masuk akibat arus banjir deras.

Sementara itu, Maheran Adon, 80, berkata, dia sudah lali dengan keadaan rumah yang selalu menjadi kawasan takungan air atau banjir termenung.

“Saya sudah tidak tahu lagi hendak kata apa. Setiap kali banjir, memang kampung saya air naik dulu dan kami yang terakhir pulang ke rumah dari PPS.

“Dalam masa lima bulan, bulan ini adalah bulan keempat kami sekeluarga hadapi banjir sejak November lalu. Hanya Februari sahaja tidak banjir.

“Kami pernah tinggal di PPS hampir sebulan menunggu air surut sepenuhnya. Apabila pulang ke rumah, kena bersihkan rumah berulang kali akibat lumpur yang tebal,” katanya ketika ditemui di Kampung Seberang Batu Badak, di sini semalam.

Tambahnya, proses membersih rumah sepenuhnya mengambil masa antara tiga minggu ke dua bulan termasuk mencuci pinggan mangkuk, perkakas rumah serta perabot yang masih boleh diselamatkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI