GOLONGAN perantau terpaksa menghabiskan ribuan ringgit semata-mata untuk pulang ke kampung pada hari raya.

‘Terbang’ duit gaji sebulan tambang pesawat naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Persatuan pengguna menerima lebih 1,000 aduan setiap tahun ketika musim perayaan terutama berkaitan isu kenaikan harga tiket penerba­ngan yang terlalu mendadak sehingga menghalang mereka untuk pulang beraya di kampung.

Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), N.V. Subbarow berkata, paling serius adalah isu harga tiket kapal terbang ke Sabah dan Sarawak yang dianggap tidak masuk akal.

“Harga tiket untuk melancong ke Australia pun tidak semahal ke Sabah dan Sarawak. Isunya adalah lokasi yang dituju itu adalah dalam negara sendiri, tetapi tetap mahal.

“CAP merasakan isu ini tidak adil dan tidak masuk akal. Ini mungkin memberi pandangan negatif bagi rakyat Sabah dan Sarawak untuk datang ke Semenanjung kerana di akhirnya, mereka perlu berbelanja besar jika mahu pulang ke kampung,” katanya ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Katanya lagi, setiap tahun isu harga tiket penerbangan mahal sering kali dibangkitkan dan apa yang menjadi pertikaian apabila syarikat pengendali langsung tidak menyatakan alasan tepat mengapa harga tiket penerba­ngan akan melonjak tinggi ketika musim perayaan.

“Masanya sudah tiba untuk kerajaan atau Kementerian Pe­ngangkutan untuk mengkaji harga tiket bagi destinasi Sabah dan Sarawak.

“Mereka yang menaiki kapal terbang ke Sabah dan Sarawak bukan orang kaya semuanya. Mereka mungkin B40 atau pelajar universiti.

“Jika mereka belanja 70 peratus daripada gaji mereka semata-mata untuk beli tiket, bagaimana pula dengan kos-kos lain bagi menyambut hari raya,” soalnya.

Menurut Subbarow, kebanyakan perantau ini terpaksa menelan hakikat dan menghabiskan separuh daripada duit simpanan yang ada semata-mata untuk membeli tiket penerbangan dan pulang ke kampung bagi me­nyambut hari raya.

“Ada antara mereka memilih untuk tidak pulang ke kampung hanya kerana harga tiket yang terlalu mahal. Nak balik rumah sendiri, jumpa keluarga sendiri setahun sekali pun susah,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN