fbpx

Pengosongan 4 kerusi DUN bermotif politik, salah guna kuasa – Hamzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah

PETALING JAYA – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang meluluskan usul mengosongkan kerusi empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) adalah satu penyalahgunaan kuasa dan bermotif politik.

Ini kerana kata Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, dua ADUN Bersatu iaitu Khalid Mahtab Ishaq dan Zolkifly Lazim tidak pernah melakukan apa-apa perkara yang boleh menyebabkan kerusi mereka perlu dikosongkan di bawah Artikel 14A.

Jelas beliau, kedua-dua ADUN itu tidak pernah meletak jawatan atau dipecat daripada Bersatu atau telah menyertai parti politik lain.

“Mereka kekal sebagai ahli Bersatu sehingga kini. Tindakan DUN Pulau Pinang bukan sahaja jelas satu penyalahgunaan kuasa, malah pada hakikatnya tidak menghormati lunas-lunas demokrasi serta dilihat sebagai satu pencabulan undang-undang.

“Hak demokrasi rakyat dan pengundi telah dinafikan. Ini adalah suatu rampasan kuasa pengundi oleh DUN Pulau Pinang dengan berselindung di sebalik undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, walaupun Bersatu menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang menolak permohonan keempat-empat ADUN ini.

“Kami dinasihatkan dan mempercayai bahawa Mahkamah telah terkhilaf dalam menafsirkan pemakaian Artikel 14A ke atas mereka dan Bersatu telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan tersebut.

Terdahulu, DUN Pulau Pinang hari ini meluluskan usul mengosongkan kerusi empat ADUN iaitu Khalid Mahtab Ishaq (Bertam), Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh), Dr. Afif Bahardin (Seberang Jaya) dan
Zolkifly Lazim (Teluk Bahang) dengan menggunakan Artikel 14A Perlembagaan Pulau Pinang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI