fbpx

Pelaburan Amazon, Tesla tingkat kemahiran kerja tempatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU ZAFRUL bersama Che Khalib menunjukkan Trofi Anugerah Kecemerlangan Industri 2024 di Johor Port, Pasir Gudang, Johor. - Foto RAJA JAAFAR ALI/KOSMO!

JOHOR BAHRU – Pelaburan syarikat asing berjenama global seperti Amazon Web Services (Amazon) dan Tesla berupaya meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan apabila turut menawarkan peluang pekerjaan berkualiti tinggi.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kemasukan pelaburan dua syarikat gergasi itu turut memberi limpahan ekonomi kepada kawasan setempat serta industri rangkaian.

“Amazon telah beri komitmen untuk membuat pelaburan berjumlah RM25.5 bilion sehingga tahun 2037 terutamanya dari segi infrastruktur digital dan pusat data. Ini akan mewujudkan pekerjaan berkualiti tinggi dan juga limpahan ekonomi kepada negara.

“Sementara itu, pelaburan Tesla pula adalah dibantu dengan kekuatan ekosistem sektor elektrik dan elektronik (E&E) dalam negara dan juga hakikat Malaysia merupakan pengeluar konduktor ketujuh dunia yang sekaligus menyokong kepada teknologi pembuatan kenderaan elektrik (EV).

“Oleh itu, kerajaan melihat kedua-dua pelaburan ini sebagai pelaburan yang sangat positif kepada negara ekoran limpahan ekonomi yang akan dihasilkan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melancarkan Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2024 di Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han dan Pengerusi Johor Port Berhad, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh.

Sementara itu, Tengku Zafrul turut memberitahu Malaysia khususnya Johor terus menunjukkan trend pelaburan positif sepanjang tahun ini khususnya daripada segi eksport dan pelaburan langsung asing (FDI).

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan membentangkan laporan hasil pelaburan negara pada 8 Mac ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI