fbpx

KJ beri pesanan untuk lelaki sempena Hari Wanita Sedunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Segmen Bekpas Hot di Stesen Hot FM bersama Khairy Jamaluddin, hari ini.

PETALING JAYA – Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi pesanan kepada semua lelaki supaya menjadi rakan kongsi yang berkesan sekali gus menjadikan wanita lebih hebat.

Katanya, para lelaki juga harus memberikan hak dan keupayaan serta peluang kepada golongan wanita sebagai sokongan dalam mengangkat mereka.

“Sempena Hari Wanita tahun ini, saya ada mesej bukan untuk wanita tetapi untuk lelaki. Sebab kesaksamaan gender ini untuk kita memberi hak kepada wanita bukan perjuangan wanita sahaja.

“Kalau kita jadi majikan kita bagi peluang yang sama kepada wanita. Beri gaji yang sama kepada wanita dan juga kemudahan yang terbaik kepada wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Hari Wanita Sedunia 2023 dalam segmen Bekpes Hot di stesen Hot FM pukul 8 pagi tadi.

Segmen Bekpes Hot hari ini turut disertai tetamu undangan iaitu Kapten Pasukan Bola Sepak Wanita Kebangsaan, Steffi Sarge Kaur Sergeant Singh.

Pada masa sama, Khairy Jamaluddin turut ‘dibahan’ beberapa kali mengenai pasukan Manchester United apabila kalah 0-7 kepada pasukan Liverpool, semalam.

“Lepas nombor 6, terus nombor 6A dan 8. Panas lah,” kata Johan.

“Takda ‘game’ (perlawanan) pun semalam,” balas Khairy Jamaluddin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI