fbpx

Dewan Rakyat: Kos ibadah umrah, insentif PKS antara tumpuan perbahasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kenaikan kos mengerjakan ibadah umrah, insentif kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan kadar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) antara tumpuan dalam perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat, isu kenaikan kos mengerjakan umrah ketika ini akan dibangkitkan oleh Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang).

Beliau meminta Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menyatakan langkah yang telah diambil kerajaan untuk menangani isu kenaikan kos mengerjakan ibadah umrah di Arab Saudi ketika ini.

Sementara itu, Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) pula akan bertanyakan Menteri Kewangan pelan Kerajaan dalam menghadapi kegawatan ekonomi
yang dijangka berlaku pada tahun ini.

Pada sesi soal jawab itu, beliau akan bertanyakan sama ada kerajaan bersedia menyediakan insentif seperti subsidi upah, geran khas kepada PKS, pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan bantuan lain seperti yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini.

Dalam pada itu, Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) pula akan bertanyakan Menteri Perladangan dan Komoditi mengenai sama ada kerajaan bercadang menaikkan kadar IPG dari RM2.50 kepada RM4.50 pada waktu ini.

Riduan Rubin (Bebas-Tenom) pula mahu Menteri Kewangan menyatakan perancangan kerajaan untuk meningkatkan kesedaran kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi tahun ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI