fbpx

Ustazah NorHafizah Musa jawab isu pelajar tahfiznya bising

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ustazah NorHafizah Musa (kiri) dan pusat tahfiz miliknya yang didakwa menganggu ketenteraman penduduk pada waktu malam (kanan).

PETALING JAYA – Penceramah bebas, Datuk Dr. Norhafizah Musa, akan mengaturkan pertemuan bersama wanita yang menerima gangguan ketenteraman akibat bunyi bising dari pelajar pusat tahfiznya.

Norhafizah, 48, yang juga pemilik kepada Tahfiz Madinatul Huffaz menerusi hantaran di Instagramnya berkata, dia telah dimaklumkan tentang teguran terhadap beberapa program tahfiz yang disifatkan telah menganggu privasi penduduk di sekitar itu.

Jelasnya yang sedang berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah, mereka di pejabat tahfiz sentiasa menerima tetamu termasuk juga terbuka untuk menerima pandangan hatta teguran.

“Kepada saudari yang berkenaan, ustazah harap makluman ini sampai kepada saudari. Ustazah tidak aktif di Twitter, jadi mengambil platform ini untuk menghubungi saudari.

“Di pihak pusat tahfiz, kami akan mengambil perhatian dan tindakan terbaik. Namun kami tidak mahu menjawab apapun di media sosial sebab itu bukan adab penyelesaian.

“Lebih beradab berbanding melemparkan pandangan sebelah pihak di media sosial yang bakal ditakwil berbagai andaian dan persepsi,” tulisnya.

Tambahnya, dirinya akan menyusun pertemuan dengan wanita tersebut untuk perbincangan yg lebih harmoni selepas pulang dari Umrah.

“Mohon saudari Amirah hubungi ustazah di nombor 0174776773 untuk kita aturkan pertemuan. Kami doakan saudari dikurniakan keshatan yang baik. Amin,” katanya.

Terdahulu, perbuatan sekumpulan pelajar tahfiz yang membuat bising telah mengundang rasa kurang senang kepada penduduk di sekitar itu.

Menerusi ciapan oleh @FarahAmirahAmri, dia meluahkan rasa kurang senangnya itu kerana tidak tahan bunyi menyanyi menggunakan mikrofon dan menjerit-jerit pada lewat tengah malam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI