fbpx

Tiada agenda politik bangunkan Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid mendengar taklimat ketika melakukan lawatan kerja di Keda di Alor Setar pada hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

ALOR SETAR – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited memperkasakan peranan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) di negeri ini tanpa sebarang agenda politik demi kepentingan penduduknya.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga menterinya, pihaknya bersedia menambah peruntukan Keda pada tahun depan bagi projek dan perancangan baharu bagi pembangunan di kawasan itu.

“Walaupun, Kedah (kerajaan negeri) kita tahu tidak sama dengan kerajaan Persekutuan yang ada, namun ini tidak menjejaskan tanggungjawab kerajaan Persekutuan kepada Kedah untuk membantu pembangunan dalam kawasan di bawah tanggungjawab Keda.

“Demikian saya mempunyai harapan tinggi kepada Keda yang berpotensi berprestasi membantu Kedah,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Kompleks Keda di sini hari ini.

Beliau menambah, secara keseluruhan Keda memperoleh peruntukan daripada kerajaan Pusat sebanyak RM2.23 bilion sejak ditubuhkan pada 1981. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI