fbpx

Mangsa banjir Melaka meningkat 380 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah rumah yang tenggelam dalam banjir di Sungai Rambai, Jasin, Melaka, hari ini.

MELAKA – Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 380 orang dengan enam pusat pemindahan sementara (PPS) di buka di daerah Jasin dan Alor Gajah susulan hujan lebat berterusan sejak Rabu lalu.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Lt. Kol. (PA) Kamarulsyah Muslim berkata, jumlah tersebut direkodkan setakat pukul 12 tengah hari tadi dan dijangka terus meningkat berbanding semalam, seramai 162 mangsa.

“Kuantiti air hujan yang turun secara berterusan melebihi 24 jam menyebabkan berlaku peningkatan paras air di lembangan sungai dan limpahan di kawasan kediaman penduduk yang rendah.

“Kumulatif air hujan pada Rabu lalu di beberapa lokasi Stesen Telemetry Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan bacaan mencecah 100 milimeter (mm),” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Tambahnya, antara kawasan yang terjejas di Jasin adalah di Kampung Sungai Dua Asahan, Kampung Pondok Batang, Kampung Bukit Asahan, Kampung Chohong, Sempang Bekoh dan Kampung Tersusun Seri Mendapat.

Turut terjejas adalah Kampung Janda Berhias, Kampung Parit Penghulu, Kampung Tasik, Kampung Batu Gajah Pasir, Parit Putat Benteng, Parit Sidang Seman Benteng dan Batu Gajah Jalan Simen.

Manakala di Alor Gajah melibatkan Kampung Bukit Balai, Kampung Bukit Tambun, Kampung Gadek, Kampung Panchur, Kampung Belimbing Dalam dan Kampung Pulau.

Mengulas lanjut Kamarulsyah berkata, bagaimanapun situasi banjir di negeri ini masih terkawal dengan lima PPS telah dibuka di Jasin dan satu di Alor Gajah.

“Kesemua mangsa ditempatkan di lima PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Chohong, SK Seri Mendapat, SK Parit Penghulu, SK Parit Gantong dan SK Batu Gajah di Jasin.

“Di Alor Gajah hanya ada satu PPS dibuka iaitu di Balai Raya Bukit Tambun yang menempatkan 15 mangsa daripada tujuh buah keluarga,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI