fbpx

Kemuncak ujian hidup di usia 30 hingga 39 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Usia di antara 30 hingga 39 tahun disifatkan sebagai waktu kemuncak ujian hidup apabila kebanyakannya mula sibuk dengan pelbagai urusan kehidupan termasuk berkeluarga dan menguruskan kerjaya.

Menurut Imam Muda Hassan Adli, perkara itu sebenarnya sudah dijelaskan dalam al-Quran dan Hadith.

Katanya, ketika usia 20 hingga 29 tahun, ramai sibuk melanjutkan pengajian, mencari jodoh dan menikmati kehidupan dengan mempunyai kereta atau rumah sendiri.

Namun, jelasnya, bila memasuki usia 30-an, ujian berat mula menerpa apabila anak semakin dewasa serta sibuk dengan kerjaya sehingga tiada masa bersama keluarga.

“Hidup mula tertekan sebab anak nak sekolah, nak bayar duit ansuran rumah dan kenapa sebelum usia 40 tahun, macam-macam ujian kena tempuh?

“Al-Quran dan Hadith sudah menjawab soalan ni. Ini adalah fasa tarbiah Allah pada hamba-Nya supaya kuat rohani untuk menempuh hidup pada usia 40 tahun,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan surah Al-Ahqaf ayat 15, menjelaskan usia 40 tahun merupakan usia matang yang mana juga adalah usia Nabi Muhammad saw diangkat menjadi Rasul.

“Ibn Abbas r.a. meriwayatkan, ‘Sesiapa yang menjangkau usia 40 tahun, tetapi kebaikannya tidak mengalahkan kejahatannya, maka bersiap sedialah dia untuk ke neraka’.

“Jadi memang sungguh Allah sayangkan kita, Pandanglah ujian itu sebagai rahmat dan kasih sayang Allah pada kita, sebab dia nak bagi kita syurga,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI