fbpx

3 ‘air boat’ Sultan Johor digunakan dalam operasi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Abu Bakar menaiki 'air bot' bertemu mangsa banjir sebelum menyerahkan bantuan di Kampung Orang Asli Pucur di Kahang, Kluang, hari ini.

JOHOR BAHRU – Tiga aset milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar iaitu ‘air boat’ berkuasa tinggi digerakkan bagi membantu operasi menyelamat dan memindahkan mangsa-mangsa banjir.

Sultan Ibrahim berkenan aset milik baginda itu digunakan bagi tujuan berkenaan berikutan banjir melanda beberapa daerah di negeri ini.

‘Air boat’ berkenaan digunakan bagi tujuan penghantaraan bekalan makanan ke penempatan Orang Asli yang terputus hubungan.

‘Air boat’ itu dikemudi Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar yang kemudian membawa bekalan makanan ke Kampung Orang Asli Pucur di Kahang.

Tunku Abu Bakar mengemudi bot berkenaan selama hampir 40 minit menyusuri Sungai Kahang, dalam keadaan hujan lebat sebelum menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada mangsa banjir.

Setakat pukul 4 petang tadi, jumlah mangsa meningkat kepada 39,476 orang daripada 11,463 keluarga berbanding 37,258 orang daripada 10,792 keluarga pada pukul 12 tengah hari dan semua mangsa ditempatkan di 247 pusat pemindahan sementara (PPS) di semua daerah kecuali Kulai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI