fbpx

Semangat Arsenal makin menjulang tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain meraikan jaringan Gabriel Martinelli (tengah) ketika menewaskan Everton 4-0 pada aksi EPL di Stadium Emirates awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mencabar barisan pemainnya agar terus konsisten dengan prestasi cemerlang mereka dalam usaha menjulang gela­ran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Arteta, 41, berpuas hati dengan keseluruhan aksi ditampilkan anak-anak buahnya ketika membelasah Everton 4-0 pada aksi EPL di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Kemenangan itu kembali meletakkan The Gunners sebagai pilihan utama untuk merangkul trofi EPL musim ini berdasarkan kelebihan lima mata dimiliki sebagai pendahulu liga ke atas pasukan di tempat kedua, Manchester City.

“Semua pemain menunjukkan semangat seperti mahu memenanginya (trofi EPL). Kami tidak akan berhenti, sebaliknya ­menggandakan usaha untuk memastikan ia mampu direali­sasikan.

“Namun, masih ada beberapa perkara perlu ditingkatkan terutamanya dalam aksi separuh masa pertama. Saya percaya kami boleh beraksi dengan lebih bagus dalam aksi seterusnya.

“Sekarang pemain perlu alih­kan fokus mereka untuk mendapatkan tiga mata seterusnya apabila bertemu Bournemouth. Pemain perlu serius seperti hari ini untuk meraihnya,” kata ­Arteta.

Arsenal terpaksa menunggu sehingga lewat separuh masa pertama untuk meraih dua gol menerusi Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli pada minit ke-40 serta 45.

The Gunners kemudiannya menambah dua lagi gol dalam baki 45 minit menerusi kapten, Martin Odegaard pada minit ke-71 sebelum Martinelli meledak jaringan kedua peribadi 10 minit sebelum aksi tamat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI