fbpx

Pemandu bas JDT parkir tepi jalan halang laluan pengguna lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bas yang diparkir di tepi jalan.

PETALING JAYA – Kecoh di media sosial hari ini mengenai tindakan pemandu bas yang didakwa milik penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) meletakkan kenderaan itu di tepi jalan sehingga menghalang laluan pengguna lain.

Gambar serta video turut dikongsikan menerusi portal Isu Semasa Viral di Twitter dan telah mendapat lebih 174,000 ciapan semula.

“Pemandu bas JDT ini parkir bas macam tiada otak , dengan ramai orang guna laluan belakang Hospital Kuala Lumpur (HKL). Dia parkir kemudian pergi makan sarapan.

“Bukan itu sahaja, siap berborak tepi jalan macam dia tak buat salah. Datang pula kawan dia sambung borak lagi,” ciapnya.

Bagaimanapun, pemilik portal tersebut meminta agar pihak pengurusan JDT tampil bersuara berhubung perkara berkenaan serta mengambil tindakan sewajarnya kepada pemandu bas terlibat.

“Kita tutup muka dulu, kalau tiada tindakan pada pemandu, kita tunjuk muka semua ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI