fbpx

Kepala kereta api bawa 396 penumpang terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dan polis mengangkat salah seorang mangsa yang sesak nafas selepas bahagian kepala sebuah kereta api di Tasek Taman Kiara, Tanah Merah terbakar, malam tadi. FOTO IHSAN BOMBA

TANAH MERAH – Sebuah kereta api yang membawa seramai 396 penumpang dari Tumpat ke Johor Bahru, Johor terbakar dalam kejadian di Tasek Taman Kiara, di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, pemandu kereta api dan seorang petugas kantin mengalami sesak nafas selepas bahagian kepala kereta api tersebut terbakar.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Nurul Alfisyahrin Mohd. Zaki berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 10.36 malam.

Menurutnya, seramai 14 anggota dari BBP Tanah Merah dan Machang bersama dua buah jentera bergegas ke lokasi serta mendapati bahagian kepala kereta api yang menempatkan enjin pengangkutan tersebut terbakar 90 peratus.

“Hanya pemandu dan petugas kantin yang sesak nafas dalam kejadian tersebut manakala 396 orang penumpang selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Alfisyahrin memberitahu, kebakaran tersebut dapat dikawal kira-kira pukul 11.00 malam manakala operasi memadam kebakaran dan menyelamat mangsa tamat pada pukul 2.01 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan memberitahu punca kebakaran belum dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI