fbpx

Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idrus.

PUTRAJAYA – Tan Sri Idrus Harun dilantik semula sebagai Peguam Negara untuk tempoh enam bulan berkuat kuasa Isnin depan.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan itu telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sudah memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara.

“Pelantikan semula itu adalah untuk tempoh enam bulan dan berkuat kuasa mulai 6 Mac 2023,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu sebelum ini memegang jawatan Peguam Negara sejak 6 Mac 2020 menggantikan kekosongan jawatan yang ditinggalkan Tan Sri Tommy Thomas.

Perkhidmatan beliau kemudiannya disambung setahun lagi yang sepatutnya berakhir pada 6 Mac 2022.

Idrus, 68, berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) Universiti Malaya memulakan kerjaya sebagai pegawai undang-undang pada tahun 1980 dan memegang pelbagai jawatan selepas itu.

Beliau sebelum ini dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan pada 2014 dan kemudiannya dilantik menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan pada 28 November 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI