fbpx

Haaland dijangka terus mengamuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tips pilihan pemain yang dijangka memberi mata maksimum kepada pengurusa Liga Fantasi untuk minggu ini.

AKSI perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) semakin sengit terutama perebutan kedudukan kelompok lima terbaik liga setakat ini. Tekanan semakin dirasai setiap pengurus Fantasy Premier League (FPL) menjelang aksi minggu ke-26 malam ini.

Para pengurus FPL perlu merencanakan percaturan terbaik terutama tanpa menolak banyak mata minggu ini selepas tanpa perlawanan berganda.

Tumpuan bagi saingan minggu ke-26 tentunya terarah kepada pertembungan dua pasukan gergasi iaitu Manchester United dan Liverpool.

Sebagai langkah selamat, para pengurus FPL disarankan agar bijak membuat pilihan atau mengelak mengambil mana-mana pemain daripada kedua-dua pasukan itu dengan mencari pilihan lain yang lebih selamat.

Kosmo! berkongsi tips bagi membolehkan para pengurus FPL melakukan pertaruhan terbaik dalam usaha memburu mata maksimum untuk saingan minggu ini.

 

AARON RAMSDALE

PENJAGA GOL
AARON RAMSDALE
Penjaga gol Arsenal ini dijangka tidak berdepan masalah untuk mengekang gawang daripada dibolosi selepas pasukan itu dilihat memiliki kelebihan ke atas Bournemouth.

 

ERIC DIER

PERTAHANAN
ERIC DIER
Dilihat sudah kembali menemui prestasi terbaiknya selepas mengutip mata penuh selepas membantu Spurs membenam Chelsea 2-0.

 

BUKAYO SAKA

TENGAH
BUKAYO SAKA
Pemain antarabangsa England ini bakal memainkan peranan penting buat Arsenal yang memerlukan kemenangan untuk mengekalkan kedudukan tangga teratas EPL.

 

HARRY KANE

PENYERANG
HARRY KANE
Bintang England ini berada pada tahap terbaik ketika ini apabila terus membantu pengurus EPL memberi mata penuh selepas menewaskan Chelsea dan tidak berdepan masalah mengatasi Wolves.

 

 

ERLING HAALAND

KAPTEN
ERLING HAALAND
Penggempur Manchester City ini dipilih sebagai kapten berdasarkan prestasi semasanya yang cemerlang selain mengungguli carta penjaring terbanyak setakat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI