fbpx

Liga Super: Penang FC kempunan gol di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara aksi Penang FC dan Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Bandaraya, George Town malam tadi.

GEORGE TOWN – Hasrat skuad Penang FC untuk meraih kemenangan sulung ketika menentang Negeri Sembilan FC pada saingan Liga Super 2023 tidak kesampaian apabila terikat tanpa sebarang jaringan di Stadium Bandaraya di sini malam ini.

Pasukan kendalian Ketua Jurulatih baharu, Chong Yee Fat ternyata membuatkan kira-kira 3,754 penyokong pulang dengan hampa apabila gagal memanfaatkan sebarang gol pada perlawanan pertama di laman sendiri.

Tika pasukan pelawat kendalian Ketua Jurulatih K. Devan menyenaraikan dua penyerang utama iaitu Mahali Jasuli dan Casagrande, skuad tuan rumah pula hanya menurunkan seorang pemain import dari Lubnan iaitu Sonny Saad.

Bagaimanapun, perlawanan bagi kedua-dua pasukan itu bermula garang selain berjaya mempamerkan kesungguhan sehinggalah wisel penamat terakhir dibunyikan.

Pada perlawanan pertama minggu lalu, Penang FC berjaya mengikat Kuala Lumpur City FC (KL City) 2-2 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras, Kuala Lumpur. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI