fbpx

Kerajaan pertimbang insentif untuk peniaga Menu Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahuddin (tengah) menunjukkan hidangan Menu Rahmah yang disediakan di Restoran Al-Khalish, Pasir Tumboh dekat Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZZAMAN

KOTA BHARU – Kerajaan sedang mempertimbangkan cadangan pemberian insentif kepada peniaga premis makanan yang menyediakan Menu Rahmah di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub, insentif itu diberikan sekiranya ada permohonan daripada pihak yang terlibat dalam penyediaan Menu Rahmah di premis mereka.

Menurutnya, ini kerana, kerajaan secara dasarnya tidak mengeluarkan sebarang kos dalam pelaksanaan inisiatif Menu Rahmah apabila ia disertai secara sukarela oleh ramai pemain industri makanan.

“Bagaimanapun, dalam pembentangan Belanjawan 2023 baru-baru ini, peruntukan sebanyak RM750 juta diberikan kepada Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebagai inisiatif membantu golongan B40 dan mereka yang memerlukan.

“Sekiranya ada permohonan daripada peniaga-peniaga Menu Rahmah, saya bersedia memanjangkan perkara tersebut (insentif) kepada Menteri Ekonomi,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Menu Rahmah Peringkat Negeri Kelantan di Restoran Al-Khalish, Pasir Tumboh di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Salahuddin memberitahu, sebanyak 90 pengusaha di Kelantan telah mendaftar bagi melaksanakan inisiatif Menu Rahmah dan secara keseluruhannya kira-kira 1,141 pengusaha makanan  berdaftar di seluruh negara.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI