fbpx

Ubat inhaler luput tarikh bukan jenama, pengeluar di JKNS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Ubat sedutan asma (inhaler) yang didakwa tamat tarikh luput di sebuah klinik di Banting bukan jenama dan pengeluar ubat sama di fasiliti kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman berkata, perkara itu tular menerusi ciapan di Twitter pada Ahad lalu memaklumkan rakan pengadu telah membeli ubat inhaler yang tamat tarikh luput daripada klinik tersebut.

Tegas beliau, pihaknya memandang serius isu berkenaan terutama melibatkan kepentingan orang awam.

“Semakan lanjut sudah dilakukan ke atas semua fasiliti kesihatan di bawah JKNS.

“Ubat inhaler yang diadukan didapati bukannya daripada jenama dan pengeluar ubat inhaler yang ada di fasiliti kesihatan di bawah jabatan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Sha’ari, pengadu boleh terus menyalurkan maklumat atau aduan sekiranya menerima atau membeli ubat yang tamat tarikh luput kepada JKNS bagi tindakan susulan menerusi

“Mereka boleh menghubungi kami di talian 03-51237333/334/335 atau emel kepada www.jknselangor.moh.gov.my,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI