fbpx

Sabah FC kekal terajui carta Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Sabah FC meraikan kemenangan yang dilakar di Stadium Likas hari ini. - Foto ihsan Sabah FC

PETALING JAYA – Pasukan Sabah FC teruskan momentum positif dengan melakar kemenangan kedua berturut-turut dengan menewaskan Kelantan United 3-1 pada aksi Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad The Rhinos kendalian Datuk Ong Kim Swee membariskan kesebelasan terbaik terdiri daripada Darren Lok, Saddil Ramdani dan Park Tae-su selaku kapten pasukan.

Gol pembukaan skuad tuan rumah dijaringkan melalui sepakan penalti yang disempurnakan Darren Lok pada minit ke-22 selepas pemain pertahanan Daniel Ting dijatuhkan pasukan lawan.

Momentum tersebut diteruskan oleh Sabah untuk meraih gol kedua hasil ledakan hasil ledakan Tae-su untuk memastikan pasukan selesa mendahului 2-0 berselang empat minit kemudian.

Bersambung pada separuh masa kedua, giliran pemain import dari Portugal, Telmo Castanheira menanduk masuk hantaran Daniel Ting pada minit ke-46 untuk terus melebarkan kelebihan pasukan Sabah.

Namun, hasrat Sabah untuk menamatkan saingan tanpa bolos tidak berhasil apabila The Green Deers meraih gol saguhati hasil sepakan percuma yang dilakukan oleh kapten, Indra Putra Mahyuddin pada masa kecederaan.

Keputusan tersebut menyaksikan Sabah kekal mendahului carta Liga Super dengan mengutip enam mata selepas memiliki kelebihan jaringan berbanding Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman (KDA FC) yang turut mencatat kemenangan malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI