fbpx

Terima kasih 35 tahun, Ella nak berhenti menyanyi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLA memberi ganbaran seolah-olah ada sesuatu yang besar bakl berlaku sempena 35 tahun dalam industri muzik.

PETALING JAYA – Penyanyi rock ternama, Ella menimbulkan keresahan dalam kalangan peminatnya apabila memuat naik ucapan terima kasih dalam satu hantaran Instagramnya hari ini.

Ella atau nama penuhnya Nor Zila Aminuddin, 56, bagaimanapun tidak berkongsi lanjut mengenai ucapan terima kasih tersebut sebaliknya hanya membiarkan peminat berteka-teki mengenainya.

“Terima kasih untuk 35 tahun – Ella,” kata pelantun lagu Pengemis Cinta itu ringkas.

Perkongsian tersebut mencetuskan persoalan sama ada dia akan berhenti menyanyi sekaligus mengundurkan diri daripada dunia hiburan tanah air.

Selain ucapan terima kasih, dia turut memadam semua foto-fotonya dalam Instagram sebelum ini.

Dalam pada itu, menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Peah, pihaknya tidak pasti mengenai perkongsian tersebut dan yakin Ella tidak akan berhenti daripada dunia hiburan.

“Saya tidak pasti apa yang dirasakannya sekatang tetapi pihak pengurusan yakin dia tidak akan mengundurkan memandangkan namanya sangat kukuh dalam dunia muzik.

“Perkara tersebut mungkin dimuat naik sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang sentiasa menyokongnya selama ini,” ujarnya.

Sementara itu, netizen dalam ruangan komen menitipkan ucapan penghargaan dan berharap agar dia dapat muncul dengan sebuah konsert tidak lama lagi.

“Please stay (harap kekal) dan hadihkan peminat dengan sebuah konsert,” komen netizen.

“Terima Kasih kerana menghiburkan kami, 35 tahun yang indah, semoga berterusan pada tahun-tahun mendatang,” kata peminatnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI