fbpx

Pencarum tak cukup simpanan KWSP sebab dasar kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) mendedahkan simpanan 71 peratus ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak mencukupi berpunca daripada rombakan ekonomi dan buruh dalam negara.

Penasihat Buruh Antarabangsa SPCAAM, Callistus Anthony D’Angelus berkata, kegagalan simpanan KWSP itu juga disebabkan beberapa siri kesilapan dasar kerajaan sebelum ini.

Katanya, banyak perniagaan-perniagaan besar telah mendapat manfaat dengan mengeksploitasi sumber Malaysia khususnya tenaga kerja.

Bagaimanapun, jelasnya, Malaysia hari ini menghadapi krisis kos sara hidup yang teruk di mana golongan B40 dan M40 sukar untuk mengambil bahagian secara bermakna dalam komuniti.

“Perniagaan-perniagaan asing tidak boleh dibenarkan menggunakan Malaysia sebagai taman permainan untuk memaksimumkan keuntungan dan mengabaikan para pekerja sementara mereka membawa pulang keuntungan.

“Bayaran lebihan seperti yang diperuntukkan undang-undang adalah tidak mencukupi. Perlu ada jumlah minimum dan jumlah tambahan terikat dengan keuntungan syarikat.

“Justeru, kegagalan simpanan KWSP tidak seharusnya dilihat secara berasingan sebaliknya sebagai sebahagian rombakan ekonomi dan buruh di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Antony D’Angelus berkata, sebagai permulaan, kerajaan perlu mengambil keputusan berani memperkenalkan gaji minimum yang bermakna selain menguruskan latihan untuk sektor swasta.

“Kita faham pelaksanaan gaji minimum akan mengakibatkan sesetengah industri diketepikan daripada segi ekonomi dan pekerja perlu dilatih semula.

“Tetapi latihan harus dikendalikan kerajaan kerana sektor swasta tidak boleh dipercayai untuk berbuat demikian di mana mereka hanya bertindak untuk kepentingan sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mempersoal isu pekerja-pekerja asing yang dijadikan seperti hamba dan digunakan untuk menekan gaji.

“Ini harus dihentikan segera. pekerja asing mesti diambil dengan syarat yang sama dengan pekerja Malaysia dan diberi akses pergerakan percuma. Sungguh memalukan mengetahui bahawa zaman ini, buruh abdi wujud di Malaysia,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI