fbpx

Microsite Francais Malaysia mampu lonjak sosio-ekonomi negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salahudin.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) optimis bahawa Microsite Francais Malaysia yang baharu dilancarkan hari ini mampu membantu meningkatkan peluang untuk rakyat menceburi bidang perniagaan francais.

Menteri KPDN, Datuk Seri Salahudin Ayub berkata, ia sekali gus bakal melonjakkan sosio-ekonomi, sejajar dengan inisiatif Rahmah dan konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan kerajaan.

“Microsite Francais Malaysia merupakan platform yang dibangunkan oleh KPDN dengan kerjasama Persatuan Francais Malaysia (MFA) untuk membantu perkembangan francais dan mempromosikan potensi perniagaan francais kepada masyarakat umum.

“KPDN menyasarkan dua kumpulan utama bakal mendapat manfaat daripada Microsite Francais Malaysia iaitu bakal francaisor dan bakal francaisi,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Salahudin, microsite itu akan berfungsi sebagai akses kepada sumber maklumat khusus mengenai francais antaranya maklumat pembangunan industri francais negara, fungsi-fungsi direktori francais dan pembiayaan.

“Ia juga boleh dijadikan sebagai rujukan kepada proses pendaftaran sebagai francaisor
atau francaisi, video dan hebahan promosi serta lain-lain aktiviti pembangunan yang dianjurkan KPDN dan MFA serta aplikasi ‘lead generation’ bagi mengumpulkan maklumat mereka yang berminat untuk menceburi francais.

“Pelancaran microsite ini merupakan salah satu program di bawah inisiatif Daya Niaga yang merupakan salah satu inisiatif di bawah Hala Tuju KPDN dalam menangani Kos Sara Hidup pada
tahun 2023 selepas Rahmah,” ujar beliau.

Tambah beliau, Microsite Francais Malaysia sudah mula boleh diakses pada 1 Februari 2023 dengan melayari laman web http://www.francaismalaysia.com. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI