fbpx

Kerjasama lebih erat antara Malaysia, Arab Saudi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (kanan) ketika menerima kunjungan hormat daripada Dr. Tawfiq (kiri) di Putrajaya, hari ini. FOTO FACEBOOK PERDANA MENTERI

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Muhammed Al Rabiah bersama delegasi, hari ini.

Menerusi pertemuan diplomatik itu, Perdana Menteri berkata, mereka telah berbincang mengenai kerjasama erat terutamanya berkaitan isu pelaksanaan haji dan umrah bagi rakyat Malaysia.

“Kami telah berbincang kerjasama yang lebih erat terutamanya terkait isu melancarkan pelaksanaan haji dan umrah bagi rakyat Malaysia.

“Kami turut berbincang mengenai inisiatif-inisiatif yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang lain termasuk pelancongan, pendidikan, pelaburan dan perdagangan,” katanya menerusi hantaran Facebook rasmi beliau tadi.

Jelasnya, hubungan rapat Malaysia dan Arab Saudi yang telah terjalin selama ini diharap menjadi lebih erat demi kemaslahatan rakyat Malaysia khasnya dan umat Islam amnya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar membayangkan sedia memohon kuota tambahan jemaah haji Malaysia selepas mengadakan pertemuan beliau bersama Dr. Tawfiq.

Meskipun tidak dinyatakan secara lebih spesifik, isu kuota berkenaan ujar beliau, akan cuba dimohon daripada pihak kerajaan Arab Saudi menerusi kaedah budi bicara istimewa.

“Demi membolehkan lebih ramai umat Islam di Malaysia menunaikan fardu haji, kita juga cuba memohon pertimbangan khas terus daripada kerajaan Arab Saudi sendiri,” jelasnya.

Kuota rasmi jemaah haji Malaysia ditetapkan sejak 2020 lalu sebanyak 31,600 orang sahaja berdasarkan ketetapan hanya 0.1 peratus daripada jumlah populasi sebenar negara ini.

Keadaan itu mengakibatkan individu yang mendaftar untuk mengerjakan haji pada hari ini akan diberi tempoh giliran tunggu amat lama sehingga mencecah 130 tahun akan datang.

Situasi tersebut menyebabkan ada jemaah yang berusia lanjut mencuba nasib memohon visa furada dan visa mujamalah dikeluarkan pihak Kedutaan Diraja Arab Saudi di ibu negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI