fbpx

IKMa perkasa 1,000 koperasi tingkat perolehan RM60 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ALI merasmikan Program Turun Padang Ke Arah Memasyarakatkan Koperasi 2023 di sebuah hotel di Bandar Hilir, Melaka. - Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!

MELAKA – Institut Koperasi Malaysia (IKMa) menyasarkan untuk memperkasakan pendapatan 1,000 koperasi mikro bagi meningkatkan perolehan oleh kerajaan sebanyak RM60 bilion menjelang Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030).

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Ali Mansor berkata, setakat ini hanya dua peratus atau 479 daripada 15,315 koperasi yang ada di dalam negara menyumbang kepada perolehan kerajaan sebanyak RM40 bilion.

“Koperasi mikro dan kecil dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM250,000 tidak dikenakan cukai, jadi 95 peratus daripada perolehan tahunan sebanyak RM40 bilion itu datangnya daripada kumpulan dua peratus ini.

“Justeru, kami bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan memperkasakan lebih 1,000 koperasi, Insya-Allah kita boleh capai RM60 bilion bagi DKN2030,” katanya pada sidang akhbar selepas Program Turun Padang Ke Arah Memasyarakatkan Koperasi 2023 di sebuah hotel di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, walaupun jumlah koperasi melonjak kepada 20,000, namun ia hanya melibatkan koperasi berskala kecil dan mikro yang menjalankan perniagaan.

Jelasnya, situasi itu secara langsung menyebabkan ketidakseimbangan perolehan cukai apabila koperasi mikro dilihat lebih banyak membuat permohonan bantuan daripada kerajaan dan agensi-agensi terlibat. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI