fbpx

Dewan Rakyat: Kesesakan hospital, subsidi bersasar dijangka jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Isu kesesakan di hospital kerajaan, pelaksanaan subsidi petrol secara bersasar serta permasalahan bekalan telur ayam dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman rasmi Parlimen, soalan berhubung langkah kerajaan untuk menangani kesesakan hospital kerajaan diajukan oleh Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) kepada Perdana Menteri pada sesi soal jawab.

Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) pula bertanya kepada Menteri Kewangan sama ada kerajaan berhasrat melaksanakan subsidi bahan api petrol RON95 serta gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak secara bersasar kepada golongan kumpulan B40.

Ia berikutan perbelanjaan subsidi kepenggunaan yang berjumlah RM77.3 bilion bagi 2022 adalah jumlah subsidi tertinggi dalam sejarah yang pernah ditanggung oleh mana-mana kerajaan.

Che Alias bin Hamid (PN-Kemaman) pula meminta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi menghentikan serta-merta eksport telur ayam bagi menyelesaikan isu kekurangan bekalan telur di pasaran.

Turut dijangka menjadi tumpuan soalan oleh Chong Zhemin (PH-Kampar) mengenai syarikat pelaburan kerajaan (GLC) yang mengalami kerugian sejak 2020 dan langkah yang akan diambil untuk menyelesaikan masalah itu.

Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) pula meminta Menteri Pendidikan menyatakan apakah usaha kerajaan dalam mengurangkan lambakan beban tugasan guru sehingga menyukarkan guru-guru untuk fokus kepada tugas mengajar murid.

Manakala isu berhubung 50 peratus kontraktor Bumiputera didakwa sedang nazak dan berisiko gulung tikar diajukan oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI